create your own banner at mybannermaker.com!

18 January 2011

Hargailah Sebuah Kehidupan


Pagi tadi aku dikejutkan dgn berita dari seorang kwn lamaku iaitu Tie (bekas rakan sekerja aku ketika dia Law Firm dl)..katanya mimi meninggal dunia.mimi adalah pekerja di sebuah kedai motor berdekatan law firm tu..aku igt2 lupa mengenai arwah sb jarang bertegur sapa..Arwah mimi meninggal akibat kemalangan jalan raya..yang menyedihkan sb dia baru berkahwin selama 7 bulan dan hamil 4 bulan..anak itu tidak sempat melihat dunia,pergi bersama ibunya buat selama2nya...Dari Dia kita datang,dan kepada Dia jugak kita kembali.Al-fatihah..Dan petang td aku melawat ibu saudara aku yang dimasukkan wad akibat sakit jantung...sedih jgk tgk air mata dia,asyik ckp pasal mati jer..umurnya lebih kurang dgn ibuku...tp alhamdulillah ibuku masih sihat dan mampu bekerja..wlpn dia kdg2 sakit lutut,sakit bahu..tp kl penyakit2 teruk syukur alhamdulillah tidak ada setakat ini,dan aku berharap dia x ada apa2 penyakit yang teruk mcm tu..ptg td jgk sblm balik dari keje,aku sempat berborak2 dgn tukang kebun kt tmpt keje aku..katanya kawin la cepat2,biar ada zuriat..sekarang nih org2 muda rmai yang mati mengejut..dan hargailah hidup kita ni selagi kita sihat.buat lah perkara2 yang berfaedah..nikmati lah sebuah kehidupan yang sementara ini..kelak bila masa kita sudah sampai,tidak akan ada lagi sebuah kehidupan seperti di atas dunia ini...kita akan hidup di alam lain yang kita sndiri tidak dapat bayangkan mcm mana rupanya..aku selalu berdoa kepadaNya, jika ingin mengambil nyawaku,biarlah setelah aku berkeluarga...biarlah aku mempunyai zuriat,sekurang2nya jika aku sudah tidak ada di muka bumi ini,anak2 aku akan sentiasa mengirimkan doa kepadaku...masih banyak yang ingin aku lakukan dlm hidupku,dan aku memohon kepadamu Ya Allah, semoga dipanjangkan umurku...Amin

Doa Panjang Umur:

Allahumma tawwil 'umurana fi ta'atika wa ta'ati rasulika waj'alna min 'ibadikas salihina.

Artinya: "Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang saleh."

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. tolong sye ye..=)


    Saya sudah follow blog awak..
    Awak bila nak follow blog saya..
    http://pangkahbulat.blogspot.com/

    ReplyDelete